Cara nak buka akaun Maybank2u

Sebelum tu lebih baik kita fahamkan terlebih dahulu apa itu maybank2u? Maybank2u adalah sebuah aplikasi onnline yang membolehkan kita membuat pembayaran/pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk membayar bill broadband dari rumah sahaja melalui akaun maybank2u.

Sekiranya anda mahu memiliki akaun mabank2u anda perlu memiliki akaun maybank terlebih dahulu. Minima nak buka akaun Maybank adalah sebanyak RM250 untuk individual akaun. Setelah memiliki akaun maybank ikuti langkah berikut:

Langkah 1:
Pergi ke mesin ATM Maybank dan tetapkan no pin maybank2u 6 digit.

Langkah 2:
Pergi ke laman rasmi Maybank >> http://www.maybank2u.com.my/

Langkah 3:
Klik Login dan Paparan skirn berikut akan kelihatan. Klik First time Login?


Langkah 4:
Klik Continue
Langkah 5:
Anda kena lihat video pendek bagi tujuan keselamatan terlebih dahulu. Setelah itu butang continue akan kelihatan. Klik continue



Langkah 6:
Anda akan di tanya beberapa soalan untuk tujuan keselamatan. Berikut adalah contoh soalan, pastikan ada jawab dengan betul. Setelah jawab, klik check.




Langkah 7:
Klik Continue


Langkah 8:
Baca Term & Condition yang telah di tetapkan kemudian klik Accept.




Langkah 9:
Setelah klik accept anda di bawakan ke paparan untuk pendaftaran akaun maybank2u. Pastikan laman rasmi maybank2u di lengkapi dengan sistem keselamatan seperti yang saya tandakan dengan kotak merah iaitu https, huruf s selepas http bermaksud secure.

Pada peringkat ini anda kena masukkan no acess no iaitu no kad bank maybank anda pada bahagian hadapan kemudian masukkan no pin anda yang anda buat di Langkah 1

Langkah 10:
Masukkan Username yang ingin anda gunakan untuk login ke akaun Maybank2u anda. Masukkan password yang anda akan gunakan untuk login ke akaun maybank2u.




Langkah 11:
Pilih jenis imej dan nyatakan pharse imej tersebut menurut anda sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik submit


Langkah 12:
Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian klik Submit




Langkah 13:
Paparan confirmation yang menunjukkan jenis phase yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika tepat dengan apa yang anda masukkan sebentar tadi klik submit.


Tahniah anda kini suda memiliki akaun maybank2u yang memudahkan urusan jual beli anda. Anda boleh memuat turun aplikasi maybank2u di google play store. Anda juga boleh book tiket panggung melalui aplikasi GSC Cinema dengan ada nya akaun maybank2u.